Nama sebenar : Haji Mat Hassan bin Munas
Gelaran : Tok Janggut (kerana
beliau menyimpan
janggut
hingga ke paras dada)
Tahun
Kelahiran : 1853
Tempat
Lahir : Kampung Jeram, Pasir
Puteh, Kelantan
Pendidikan : Mendapat Pendidikan
Pondok di Kelantan
dan Makkah.
Kemahiran : Ilmu Persilatan.
Tempat
Tinggal : Kampung Nering, Kelantan
Faktor penentangan beliau
a) British memperkenalkan peraturan cukai tanah yang mewajibkan petani membayar cukai tanah pada tahun 1915.
b) Petani dikenakan pelbagai cukai yang membebankan seperti cukai pokok
kelapa yang berbuah,cukai pokok pinang,cukai daun sirih dan ternakan lembu serta kerbau.
c) Kesukaran membayar cukai kerana pejabat cukai terletak di
bandar.Penduduk yang gagal membayar cukai akan di tangkap dan didenda.Sikap
biadap pengawai British yang bertugas menimbulkan kemarahan penduduk terhadap
British.
d) Sentimen anti-British meningkat apabila kerajaan Turki Uthmaniyah
menyeru umat Islam berjihad menentang penjajah Barat.Tok Janggut menyahut
seruan tersebut dengan melancarkan penentangan terhadap British di Pasir Puteh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan