- Sejadah arah kiblat (E1 Sajjadah)
Sudah menjadi kewajipan
kepada umat Islam untuk menunaikan solat 5 waktu dalam sehari. Oleh demikian
bagi melaksanakannya. Menjadi kewajipan kepada penganutnya untuk menentukan
arah kiblat. Berbagai cara dan kaedah dapat digunakan dalam menentukan arah
kiblat. Antaranya melalui kompas, matahari dan bintang-bintang. Penciptaan
sejadah arah kiblat mampu membantu umat Islam untuk menentukan arah qiblat
dengan lebih mudah. Penciptaan sejadah ini adalah merupakan idea seorang
peneliti yang berasal dari Turki. Sejadah ini akan bercahaya bila mana ia
berada tepat pada arah kiblat. Sejadah unik yang diberi nama El Sajjadah
itu diperbuat menggunakan bahan neoprene yang mampu bercahaya sesuai pola yang
dirancang iaitu gambar Masjid Biru di Istanbul.
2.
Buku Solat Salawat Ustaz Don
Suatu inovasi terkini dalam penerbitan
buku di Kuiscell adalah menggabungkan teknologi Augmented Reality (AR).
AR adalah teknologi yang menggabungkan benda maya dua dimensi atau tiga dimensi
ke dalam sebuah lingkungan nyata tiga dimensi lalu memproseskannya menjadi
benda-benda nyata. Hal ini merupakan suatu pendekatan yang baik dalam
penerbitan buku terkini. Aplikasi yang mampun dilihat melalui tiga demensi
bukan sahaja memudahkan sistem pendidikan malah ia lebih menarik untuk
digunakan.
- Musolla bergerak
Solat
merupakan kewajipan setiap induvidu muslim. Meninggalkannya akan mendapat dosa.
Mobil MUSOLLA adalah merupakan kenderaan bergerak yang memuatkan kelengakpan
seperti musolla lain. Antara perkhidmatan yang terdapat dikenderaan ini ialah
tempat berwuduk, telekung, sejadah, sistem pembesar suara (untuk melaungkan
azan), penghadang untuk jemaah wanita. Kenderaan ini sesuai berada di kawasan
pasar malam, festival- festival dan program keramaian. Bukan itu saja,
kewujudah inovasi seperti ini juga turut mendidik umat Islam supaya tidak
meninggalkan solat walaupun di mana mereka berada. Alasan tempat bukanlah
menjadi alasan kepada kita untuk sewenag- wenagnya mengabaikan kewajipan.
- Teknologi Penyembelihan
Sesungguhnya yang halal itu jelas dan
yang haram itu jelas. Mencari yang halal menjadi fardu ain kepada muslim.
Pengiktirafan status halal dalam sesuatu prodak menjamin keyakinan muslim untuk
menggunakannnya. Penyembelihan yang betul dapat menbezakan antara penyembelihan
yang boleh dimakan dan penyembelihan yang dianggap sebagai bangkai. Teknologi
penyembelihan terutamanya dalam teknologi penyembelihan ternakan berkaki empat amatlah
perlu. Hal ini bukan sahaja memudahkan kepada para pengusha malah menjadi
keutaamaannya mencapai status halal itu. Kalau sebelum ini, untuk menyembelih
seekor lembu memerlukan bilangan orang yang ramai. Justeru penciptaan seperti
ini telah mengurangkan kebergantungan kepada mausia. Industeri-industri besar
juga akan mampu mengeluarkan hasil yang lebih lumaian.
- Qiblatain
Proses menentukan kiblat yang
sebelum ini memerlukan peralatan mengukur yang rumit kini menjadi lebih mudah
menggunakan Qiblatain iaitu produk hasil inovasi Jabatan Mufti negeri. Menerusi
Qiblatain, proses menentukan arah kiblat yang tepat tidak lagi memerlukan
penggunaan peralatan seperti Teodolit sebaliknya hanya perlu menggunakan
penanda laser dan Tongkat Istiwa. Peralatan itu adalah hasil inovasi Ketua
Bahagian Falak Kompleks Al-Khawarizmi Dr Kassim Bahali yang turut mengungguli
Anugerah Inovasi pada Expo Inovasi Islam ke-6 2015 (I-Inova). Peralatan itu
mempunyai dua fungsi iaitu penanda laser yang memudahkan tugas menanda arah
kiblat di dalam bangunan seperti bilik hotel, pejabat, ruang solat dan
kediaman.
- Stokin wuduk
Stokin wuduk adalah stokin yang direka khas
untuk memudahkan muslimin serta muslimat untuk mengambil wuduk tanpa
menanggalkan stokin sepenuhnya. Dengan adanya bukaan di hujung jari, anda hanya
perlu menyingsing stokin sampai atas buku lali tanpa menanggalkan stokin. Sangat
sesuai untuk kegunaan harian bagi semua golongan kanak-kanak & dewasa, para
jemaah haji & umrah. Bagi
kaum hawa atau para wanita apalagi yang suka bercuti. Sewaktu bercuti
seringkali kita mengalami kesulitan mengbuka dan menyimpan stokin kaki ketika
hendak berwuduk di tempat umum. Tentu anda pernah merasakannya bukan? Kesulitan
tersebut dengan wujudnya stokin kaki wudhu sebagai solusi. Stokin wuduk
didesaing sedemikian rupa sehingga memungkinkan digulung keatas (kearah betis).
Dengan desaing selimut kaki yang kreatif ini menjadi solusi karena anda bisa
wuduk tanpa melepas stokin kaki. Ia juga dapat mengelakkan stokin daripada
basah dan mudah dipakai semula.
- Mengaji al-Quran (teknik al-Baghdadi)
Nusantara
adalah antara kepulauan terbanyak dalam mengeluarkan kaedah dan metod pengajaran
al-Quran. Pengajian al-Quran teknik al-Baghdadi merupakan teknik tempatan telah
mendapat pengiktirapan The Malaysia Book Of Records sebagai Largest
Quranic Learning Centre ( Pusat Pembelajaran Al Quran Terbesar)
setelah memiliki sebanyak 13 buah rangkaian ATC dan 601 buah ALC diseluruh
Malaysia dalam tempoh tiga tahun. Kaedah pembelajaran yang
lebih santai dan menarik membuatkan para penuntut lebih mudah untuk memahami
dan mempelajarinya.
8.
Krusus haji
Mengerjakan haji adalah rukan Islam
yang kelima. Bagi yang sudah berkemampuan hendaklah melaksanakan kewajipan ini.
Sebelum mengerjakan haji. Maka proses krusus haji perlulah dilaksanakan dahulu
bagi bakal-bakal haji. Semasa krusus haji, para peserta akan didedahkan dengan
monument replika. Hal ini bagi memberi suasana yang seakan sama yang akan
mereka lalui semasa menunaikan ibadah haji. Dalam masa yang sama, pendekatan
seperti ini bagi mengelakkan para bakal haji daripada melakukan kesalahan
semasa menunaikan ibadah haji kelak.
- Tempat Wuduk (Auto Wudu Washer)
Dalam
bab toharah, sebelum seseorang itu hendak menuniakan solat. Maka terlebih
dahulu dia perlu memastikan dirinya suci daripada hadas besar dan kecil. Untuk
suci daripada hadas kecil hanya perlu mengangkat wuduk. Manakala bagi hadas
besar perlukan kepada mandi wajib atau junub.
Auto
Wudu Washer antara rekaan yang antara matlamatnya untuk menjamin penjimatan air
sewaktu berwuduk. Ia juga turut dilengkapi dengan sistem auto sense. Hal ini
sangat baik digunakan kerana air akan keluar apabila sense itu di rangsang.
Terdapat dua bahagian. Bahagian atas digunakan untuk anggota atas seperti muka,
tangan, kepala dan telinga. Manakala di bahagian bawah untuk membasuh kaki. Kistimewaan mesin ciptaannya adalah ia
tidak menggunakan air yang begitu banyak dan hanya memerlukan 1.3 liter untuk
seseorang menyempurnakan wuduk.
- Pen al-Quran (Read pen)
Read
pen digital boleh membaca sepatah demi sepatah ayat Al Quran bagi tujuan
pembelajaran sama ada untuk anda, anak-anak, Ibu bapa dan sesiapa sahaja. Ianya
juga amat sesuai bagi mereka yang belum lancar membaca. Hal ini, agar setiap
ayat dapat disebut dengan makhraj dan tajwid dengan betul. Fungsi Al-Quran ini
adalah sama dengan Al-Quran yang lain, keistimewaannya ialah teknologi read
pen yang membaca ayat per ayat dan surah per surah. Sentuh saja mata pen
pada mana mana Ayat atau Surah, read pen ini akan mengeluarkan bacaan mengikut
Qari pilihan kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan